Wednesday, August 3, 2011

Resepi Ramadhan - Ayam Percik

Salam,
Semalam aku dalam kelam kabut nak balik rumah cepat,meeting habis pukul 5pm..dengan nak ambil Addin kat taska lagi than sah2 sampai rumah nak masak sebelum waktu berbuka.Yer lah if beli kat param mesti rambang mata..so aku n hubby decide bg menjimatkan wang saku dan menyekat nafsu di bulan puasa dan mengelak kan pembaziran.Kenalah masak sendiri...

So resepi segera yang aku pilih untuk berbuka kali ini ayam percik. Aku buat seringkas dan sepantas yang boleh sampai rumah dah pukul 6,so aku ada masa 30minit sahaja nak masak lauk dan kuih.Kat sini aku nak share dengan korang semua resepi ayam percik sempoi.


Bahan2

@@Ayam@@
1/4 ayam
Halia
Serai
Garam


@@Sos@@
Halia -kisar
Serai -kisar
Belacan -kisar
Cili kering
Serbuk kunyit - kisar (sebab kat dapur takde kunyit basah)
Bawang besar -kisar
Bawang putih -kisar
Santan - Aku pakai santan kotak je (takde masa nak beli yang fresh)
Asam jawa
Minyak
Garam
Gula

Cara masak Ayam

Ayam direbus bersama serai dan halia , masukkan garam dalam rebusan ayam.
Rebus ayam hampir-hampir masak.Pastu kita goreng garing2 ayam yang direbus tadi.
Ok..settle bab ayam.


Cara masak Sos percik

Kisar all bahan yang perlu dikisar (bawang besar,bawang putih,cili kering,belacan,halia dan serbuk kunyit).Panas kan minyak sedikit.Tumis sampai naik bau...Masukkan air asam jawa.Pastu masukkan santan sedikit demi sedikit.Then masuk kan garam dan gula sesedap rasa,kalau nak manis isi lah lebih gula..Masak sampai santan keluar minyak.Taraaaa....siap

Tuang sos percik pada ayam dah digoreng tadi..

OK..sedia dihidang!!!


Tak payah nak bakar2 ayam..rasa pun sodap gak, selamat mencuba


* nak upload gambar tapi.....internet slow giler..sorry ek kekawan *

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...