Salam,
Hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa.Sekejap jer rasa kan?Dah tentu dalam bulan puasa ni macam-macam plan kita dah buat.Sok nak bukak poser rumah toksu,rumah chu minah,rumah mak uda dan seterusnya.Tapi pada sesiapa yang berbuka dirumah kita digalakkan dengan menjemput orang berbuka dirumah.Banyak kan sedekah dan amal jariah dibulan mulia ini, Bak kata Abu Hurairah :
"Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu"
- Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Jadi yang penting ikhlas InsyaALLAH kita mendapat keredhaan dan keampunan dari ALLAH swt.
So,Hari ni aku nak share resepi simple untuk korang try kat rumah petang ni.
Pasal resepi ni simple dan aku pun dah buat berbuka semalam:sedap dimakan untuk para-para ibu yang berkerjaya macam aku ni.Takde masa nak 24jam kat dapur..heehee..
Dan aku suka menyarankan kawan2 seangkatan aku rajin lah memasak walaupun kita ni sesibuk mana di pejabat.Air tangan isteri tu boleh melembutkan hati suami dengan doa2 dan zikir masa kita memasak.InsyaALLAH.
Cokodok Kismis
@@ Bahan2 @@
Tepung gandum
Kismis
Air
Susu pekat manis
Garam
Minyak
@@ Cara @@
Masukkan tepung gandum banyak mana kita nak makan,Masuk kan kismis -bergantung pada citarasa (aku pakai kismis minda pasal tu je yg ada,hehehe).Then masuk kan susu pekat manis,bergantung pada kemanisan yg kita nak.Garam sedikit sahaja.Then air...bancuh sampai sebati,Dah sebati ok..dah boleh goreng..Angkat cokodok bila dah kekuningan.Taraa...dah siap.
Selamat mencuba dan selamat berbuka
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment