Tuesday, December 29, 2009

ntah apa-apa, aku pun jadi serabut tak pasal

damn!! biar betul, bukan bulan january ni ke?abis tu apa nak jadi ngan aku sebulan ni...aduss tolong ar.dah ar aku nak kahwin ni.(nada emo aku terkeluar dalam seminggu ni) nak merayu haram jadah pun tak guna.Ni lah yg happen..siot je.Cakap bulan january..dengan rumah dah byr semua plan dah set.Nak je aku maki hamun sumpah seranah kat orang buat janji n confirm dengan yakin january ni.Nak tak nak aku terpaksa mengorbankan diri aku selama sebulan tanpa buat apa2.Berserta duit saku yg semakin berkurangan.Yer...aku rasa hampeh.
Buntu..begong, biul segala ada...

Monday, December 28, 2009

fikirkan lah...

saya masih dilema, tolong saya..makin lama ,makin banyak dosa saya,
saya tak mampu nak halang menda ini,awak fahamkan maksud saya.Hidup saya sekarang ini tak tenang dan sentiasa dihantui perasaan bersalah.Saya masih tak dapat ubah keputusan yang saya cerita kat awak tu.Macam ne ni?

fikirkan lah..buat solat istikarah,fikir betul-betul, fikirkan sorang darah daging awak jugak.Jangan fikir hati dan perasaan awak sorang saja.Kena fikir gak akan datang,samada keputusan yang awk buat ini betul ke?Apa akibatnya.Jangan cuba runtuh kan rumah tangga yg awak bina selama ini.Doa banyak-banyak, moga ALLAH buka pintu hati mak mertua awak terima awak.Cuba bawa berbincang dengan suami awak,Samada wajar atau tidak awak berhenti apa yang awak usaha kan ini,jika itu jadi punca segalanya.Rujuk jabatan agama islam daerah minta kaunseling, coz masalah ini dan keputusan ini bukan ditangan awak sorang saja.Suami awak perlu tahu segalanya yg terbuku dalam hati awak.If tak bawa bincang sampai bila-bila suami awak tak tahu apa yg awak alami apa yg awak rasa pendam selama ini.If awak tak luahkan macam mana dia nak tahu.

Makna nya awak tak setuju lah ni???

saya tak boleh bagi keputusan bagi pihak awak, or apa-apa pendapat.Saya hanya boleh bagi nasihat.Coz saya bukan dalam keadaan awak,tak merasai apa yg awak rasa sekarang ni.Tak kenal siapa suami awak,siapa mak mertua awak.Tapi fikirkan lah sedalam nya.Bukan senang kita nak bina satu rumahtangga.Cuba selidik apa punca semua ini dan perbaiki selagi ada jalan.


nota kecik: Jangan terlalu ambil mudah dalam soal ini...fikir bukan untuk sesaaat..tapi fikirkan untuk selama hidup.

Wednesday, December 23, 2009

mereka kata

mereka ketawa bila aku marah.
mereka cakap aku biul bila aku ketawa.
mereka cakap aku jiwang bila aku menyanyi lagu cinta-cinta
mereka diam bila aku mula bercakap
mereka bingung bila aku diam
mereka ajak aku berkumpulan bila aku keseorangan
mereka kata aku gila....bila aku.buat lawak

mereka akan ku tinggalkan.....utk bersama dengan dia.

mereka : baktiar, sapik dan pami....
adiosss guys...

korang cari lah orang lain utk di buli..sekian terima kasih.

Monday, December 21, 2009

menunduk dah bertadah tangan

Sakit yang mendatang atau mungkin juga Allah swt sedang menguji aku, sesungguhnya aku redha ketentuan Nya.membiarkan diri aku sakit dan bersyukur atas limpah kurnia Nya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil aku.Dalam aku hadapi ujian dari Nya aku tetap gagah usaha atas mencari keberkatan, mencari kesilapan aku walaupun sebesar zarah. Semoga ALLAH swt mengampuni segala dosa-dosa aku yg telah aku lakukan dan datangkan aku segala cahaya kerahmatan untuk membina satu kehidupan yg baru.Segalanya baru bagi ku kelak..

Ya ALLAH
berikan segala kekuatan pada hamba mu yg hina ini.
berikan lah aku petunjuk dah hidayah...
agar aku terus berdiri teguh menghadapi segalanya.
jauhkan diri ku dari segala malapetaka dan penyakit.
amin....

Monday, December 14, 2009

semalam yang ni aku memang perasan sangat

buangkan kemucut kat seluar kaki aku
minum satu gelas,makan satu sudu
asyik tersenyum manjang bila aku kemas barang
ambilkan air untuk aku time aku mencekik
angkat kening bila sesuatu yg terkena batang hidung sendiri
sengaja atau tidak selak rambut depan
bawakan segala barang ditangan aku
perkataan yg suka diluahkan pada aku

yey!! its was real world

Friday, December 11, 2009

The Beauty of a Woman



Beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure that she carries, or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen from in her eyes,
Because that is the doorway to her heart, the place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows,
And the beauty of a woman with passing years -- only grows!

will i am

akhir nya dapat juga booking satu rumah area2 dekat ngan office nanti.Alhamdulillah,syukur.Adakala nya matter like this so would hurt brain.Its was trifling stuff.But, what should I saids.Segenap perkara itu ada je nak buat tu aku sakit kat dalam limpa aku..At same time aku seolah force him do something I need then. waduh-waduh gok nya aku ni macam queen control lah pulak.No, im not!!

bukan aku force him tetapi perkara itu perlu dilakukan.If tak bila lagi.So, adalah menda-menda yg aku tak suka dengar keluar dari mulut dia.Ada baiknya aku diam daripada aku bebalas pantun.Dengan sewenang-wenang nak suruh dia diam..huhuhu.berani aku??Kesian pun ada kat dia dan aku bukan satu bebanan bagi dia sebenarnya.

ada sampai aku putus asa,malas nak menyusahkan seseorang.Tapi tu sebenarnya melatih seseorang,ada banyak lagi perkara yg akan menyerabutkan diri nya dan diri aku.Bersusah dulu pendapatan bersenang kemudian hari.Ship will sink in gulp his wave if master do not know how to save the ship.

semalam aku berfikir macam mana aku nak handle hal yg besar lagi dalam masa yg sama aku perlu bantu dia dalam buat keputusan yg sangat bijak.So lets the game begin...kita cuba rock on sama-sama hidup ini.InsyaALLAH...

Wednesday, December 9, 2009

Winning d situation

Perempuan dan merajuk macam dah sinonim, kenapa perempuan suka merajuk?pendapat aku mungkin sifat perempuan memang begitu,suka dimanja dan suka jika diberi perhatian.Adakala merajuk ini boleh membawa kebaikan pada perempuan tapi adakala makan diri sendiri.Pada aku, kalau aku merajuk,biasa nya aku diam kan diri...(silent mode)....bila dah ok aku bersuara semula.Or time aku terasa diri aku tak dpt mengawal amarah merajuk aku atau pendek kata aku terasa hati dalam sesuatu kes aku akan blah dr tempat kejadian.Mungkin ini juga yg parents aku ajar aku masa aku budak-budak lagi.Merajuk tak dapat sesuatu,aku lari kan diri sekejap..then parents aku biar je aku menangis sampai kering airmata.Aku penat..aku tido jelah.Lagi satu,aku tak berapa ingat siapa yg pujuk aku kalau aku merajuk.Pasal aku memang dari kecil hidup atas kaki sendiri.

But, bila dah besar panjang ni.Hati pun makin tua, at least nak gak kena pujuk.Bukan apa aku boleh dikatakan kurangnya merasa kasih sayang orang tua aku berbanding adik-beradik aku yg lain.Masa aku kecil lagi parents aku dah hidup tak sehaluan.Jadi yg bongsu inilah jadi mangsa,membesar sendiri.Itu yg kadang2 aku ada cepat terasa,lebih2 lagi bila tau org tu sayang kat aku bukan main lagi.Nak rasa macam mana dipujuk bila merajuk.Coz setau aku,resepi orang tua-tua pujuk memujuk ini sebenarnya boleh mengeratkan lagi satu hubungan.Kita tahu macam mana kita dihargai dan menghargai apa yg kita ada.

Ada cara pujuk yg agak berkesan pada sesetengah perempuan -beli bunga,beli coklat,beli barang kemas macam2 lah beli nya.Tapi hati dan perasaan sama ke dengan harga semua menda yg dibeli tu?Ada yg cair gak bila dapat bunga,tak dinafikan.Aku pun suka gak bila ada yg bg bunga kat aku.Tapi aku lagi suka bila orang itu dapat buat aku ketawa semula.Itu lah cara paling berkesan bagi aku kalau aku merajuk.Bukan beli itu,ini cukup buat aku senyum semula.Bukan kata-kata manis or menunjukkan kau tu gila2 nak pujuk..Simple is, kau pandai buat lawak.Itu yg mahal bagi aku.Alhamdulillah..dia tau macam mana nak pujuk aku.


Jangan lak jadi macam kes kawan aku masa aku study dulu.Putus cinta yg bertahun2 lama nya..coz pakwe dia tak pandai pujuk dia.Tak pun pernah aku ingat, ada kes masa aku belajar dulu,kelas malam ada couple bergaduh tepi kelas.Awek menangis kaw2, then balak dia blah bodo cam tu je.Tak pasal aku 4 serangkai yg berkenderaan g hantar awek dia balik hostel.Kot nyer pun marah si balak, hantar lah awek tu.Nasib baik ada aku 4serangkai if tak aku rasa ada gak awek tu kena kebas dek orang memalam buta tak pun jalan kaki sorang2.Marah2 gak tp keselamatan kena amik kira.

So pendek kata ,perempuan memang suka merajuk tapi sebenarnya bukan lah 100%.Tapi perempuan ini ada satu "feeling" yg berharap permintaan mereka ditunaikan atau dilayan dengan hati yg ikhlas.Pujuk lah...kalau selagi boleh pujuk.Jangan tinggal orang perempuan ini terkontang kanting cam tu je.Bukan apa?nanti kena kebas baru nak melopong.



Persuade: To win someone over , win approval or support for.

Monday, December 7, 2009

best nyer...

Lepak tengok tv,hujung minggu sambil lipat kain memang best.Setelah bertungkus lumus 5 hari bekerja then hari sabtu isytihar hari pendobian dengan cuaca agak terang,Maka berlangsung acara melipat kain besar-besaran.Penat aku melipat, aku buat teh o sambil minum depan tv lg.Hujan renyai2..bessttt ni pas minum air ni nak tidur.

Sebelum tidur makeup sana sini (perempuan lah katakan).Ready to sleep.Time to flash back apa berlaku hari ini.Ke sana sini,kereta pun dah macam trektor comot.Yerr, aku agak serious bila memulakan sesuatu tugas.Hari ke hari semakin hampir.Dah penat berfikir apa yg akan aku bakal buat dan apa dah aku buat.Dunia GELAP!!!!


Tetiba..tangan aku dipegang,aku mengeratkan lg gengaman itu."kecil nya tangan"-detik hati aku.arrhhh..layan ar.Janji best...bau baby,waaaa....best2.Kan best camni selalu..dapat berdampingan..tidur atas lengan.Hmmmmm.......best............terus dibuai, Indah nya bersama mu......


PAP!!! kaki atas muka aku, celik mata -"Airis!!! hish...buaslah budak ni tidur"


Opss...aku mimpi kan seseorang.Tapi reality nya??? "Frustration"

Friday, December 4, 2009

segienam

Ada mamat kat office aku if dari dulu suka cari gaduh ngan aku, ada je menda yg menyakitkan hati aku.Suka sembur ngan ayat2 pedih limpa.Aku adakala suka dia.Adakala aku paling menyampah dia.Sampai aku cakap kat dia ni ko kalau kahwin aku tak tau camne.Bagi aku dia ni anti perempuan gila2.pasal dia suka kutuk aku yg bernama kaum hawa.Apa yg aku buat,apa yg aku cakap.Adakala nya masalah aku ngan mamat ni aku cerita kat my love one.Stok mengadu gitu jadinya aku, sebab?mamat ni kawan gak ngan dia.Sampai dia cakap kat aku cam ni " awak tu tak abis citer pasal awak sakit hati ngan dak ni sorang, Come on lah syg,sok lusa awk baik semula ngan dia"..errmmm, dah keje satu office mana tak nyer.
betul lah tu.

But, lately..mamat ni agak berkelakuan baik dgn aku.Takde kutuk mengutuk aku, senang aku bual bicara dgn dia.Takde ayat yg pedih limpa dia bg kat aku dah..wonder why??or my be aku ada beberapa minggu meninggalkan segienam di pekan ini.Itu pasal lah kot.

Thursday, December 3, 2009

Sending your cupid.

setiap hari aku ckp menda yg sama,
setiap hari aku ulang ayat yg sama,
setiap hari aku ucapkan kata-kata yg sama,
setiap hari itu aku akan panggil nama yg sama,
setiap hari itu aku sentiasa ingat pada dia,
setiap hari....dan setiap hari aku "rindu" kan dia.

setiap hari berapa ekor cupid ntah dia hantar kat aku
ntah gini aku jadi nyer..

Everyday fallin Love with him.

ILOveU baby.

rasa-rasa nyer???yup...aku sedang rindu.

Tuesday, December 1, 2009

sebut berapa harga.

jijah - berapa sehelai t-shirt harga?takleh kurang ke?
abang- nak kurang g beli kat bundle lah
jijah - beli t-shirt warna putih cantek.
abang - tengok lah guane2 , dia ada 2 kaler je.putih hitam
jijah - putih mcm jijah.
abang - hohoho
jijah- nanti leh jijah pakai masa g dating ngan abang.
abang - ye lah tu
jijah -abang tak nak dating ngan jijah ke?
abang -gile ar
jijah - hahahahaa....(bergelak ketawa)
abang- aku bahang mu kang
jijah -bahang lah kalo berani...

pang...pang..(sepak kerusi)
hei..dier ni lah!!!
kabo nak kena bahang..hahahaaha


abang -nah ni duit balance Tshirt (letak duit balance atas meja jijah)
jijah - nak amik duit ni - RM 22.50 (letak duit atas meja balik abang semula)


status YM bertukar : RM 22.50 biar betul !!!
sememang betul lah RM 22.50 bakal jijah miliki.
abang bakal miliki jijah



Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...