Tuesday, December 29, 2009

ntah apa-apa, aku pun jadi serabut tak pasal

damn!! biar betul, bukan bulan january ni ke?abis tu apa nak jadi ngan aku sebulan ni...aduss tolong ar.dah ar aku nak kahwin ni.(nada emo aku terkeluar dalam seminggu ni) nak merayu haram jadah pun tak guna.Ni lah yg happen..siot je.Cakap bulan january..dengan rumah dah byr semua plan dah set.Nak je aku maki hamun sumpah seranah kat orang buat janji n confirm dengan yakin january ni.Nak tak nak aku terpaksa mengorbankan diri aku selama sebulan tanpa buat apa2.Berserta duit saku yg semakin berkurangan.Yer...aku rasa hampeh.
Buntu..begong, biul segala ada...

Monday, December 28, 2009

fikirkan lah...

saya masih dilema, tolong saya..makin lama ,makin banyak dosa saya,
saya tak mampu nak halang menda ini,awak fahamkan maksud saya.Hidup saya sekarang ini tak tenang dan sentiasa dihantui perasaan bersalah.Saya masih tak dapat ubah keputusan yang saya cerita kat awak tu.Macam ne ni?

fikirkan lah..buat solat istikarah,fikir betul-betul, fikirkan sorang darah daging awak jugak.Jangan fikir hati dan perasaan awak sorang saja.Kena fikir gak akan datang,samada keputusan yang awk buat ini betul ke?Apa akibatnya.Jangan cuba runtuh kan rumah tangga yg awak bina selama ini.Doa banyak-banyak, moga ALLAH buka pintu hati mak mertua awak terima awak.Cuba bawa berbincang dengan suami awak,Samada wajar atau tidak awak berhenti apa yang awak usaha kan ini,jika itu jadi punca segalanya.Rujuk jabatan agama islam daerah minta kaunseling, coz masalah ini dan keputusan ini bukan ditangan awak sorang saja.Suami awak perlu tahu segalanya yg terbuku dalam hati awak.If tak bawa bincang sampai bila-bila suami awak tak tahu apa yg awak alami apa yg awak rasa pendam selama ini.If awak tak luahkan macam mana dia nak tahu.

Makna nya awak tak setuju lah ni???

saya tak boleh bagi keputusan bagi pihak awak, or apa-apa pendapat.Saya hanya boleh bagi nasihat.Coz saya bukan dalam keadaan awak,tak merasai apa yg awak rasa sekarang ni.Tak kenal siapa suami awak,siapa mak mertua awak.Tapi fikirkan lah sedalam nya.Bukan senang kita nak bina satu rumahtangga.Cuba selidik apa punca semua ini dan perbaiki selagi ada jalan.


nota kecik: Jangan terlalu ambil mudah dalam soal ini...fikir bukan untuk sesaaat..tapi fikirkan untuk selama hidup.

Wednesday, December 23, 2009

mereka kata

mereka ketawa bila aku marah.
mereka cakap aku biul bila aku ketawa.
mereka cakap aku jiwang bila aku menyanyi lagu cinta-cinta
mereka diam bila aku mula bercakap
mereka bingung bila aku diam
mereka ajak aku berkumpulan bila aku keseorangan
mereka kata aku gila....bila aku.buat lawak

mereka akan ku tinggalkan.....utk bersama dengan dia.

mereka : baktiar, sapik dan pami....
adiosss guys...

korang cari lah orang lain utk di buli..sekian terima kasih.

Monday, December 21, 2009

menunduk dah bertadah tangan

Sakit yang mendatang atau mungkin juga Allah swt sedang menguji aku, sesungguhnya aku redha ketentuan Nya.membiarkan diri aku sakit dan bersyukur atas limpah kurnia Nya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil aku.Dalam aku hadapi ujian dari Nya aku tetap gagah usaha atas mencari keberkatan, mencari kesilapan aku walaupun sebesar zarah. Semoga ALLAH swt mengampuni segala dosa-dosa aku yg telah aku lakukan dan datangkan aku segala cahaya kerahmatan untuk membina satu kehidupan yg baru.Segalanya baru bagi ku kelak..

Ya ALLAH
berikan segala kekuatan pada hamba mu yg hina ini.
berikan lah aku petunjuk dah hidayah...
agar aku terus berdiri teguh menghadapi segalanya.
jauhkan diri ku dari segala malapetaka dan penyakit.
amin....

Monday, December 14, 2009

semalam yang ni aku memang perasan sangat

buangkan kemucut kat seluar kaki aku
minum satu gelas,makan satu sudu
asyik tersenyum manjang bila aku kemas barang
ambilkan air untuk aku time aku mencekik
angkat kening bila sesuatu yg terkena batang hidung sendiri
sengaja atau tidak selak rambut depan
bawakan segala barang ditangan aku
perkataan yg suka diluahkan pada aku

yey!! its was real world

Friday, December 11, 2009

The Beauty of a Woman



Beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure that she carries, or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen from in her eyes,
Because that is the doorway to her heart, the place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows,
And the beauty of a woman with passing years -- only grows!

will i am

akhir nya dapat juga booking satu rumah area2 dekat ngan office nanti.Alhamdulillah,syukur.Adakala nya matter like this so would hurt brain.Its was trifling stuff.But, what should I saids.Segenap perkara itu ada je nak buat tu aku sakit kat dalam limpa aku..At same time aku seolah force him do something I need then. waduh-waduh gok nya aku ni macam queen control lah pulak.No, im not!!

bukan aku force him tetapi perkara itu perlu dilakukan.If tak bila lagi.So, adalah menda-menda yg aku tak suka dengar keluar dari mulut dia.Ada baiknya aku diam daripada aku bebalas pantun.Dengan sewenang-wenang nak suruh dia diam..huhuhu.berani aku??Kesian pun ada kat dia dan aku bukan satu bebanan bagi dia sebenarnya.

ada sampai aku putus asa,malas nak menyusahkan seseorang.Tapi tu sebenarnya melatih seseorang,ada banyak lagi perkara yg akan menyerabutkan diri nya dan diri aku.Bersusah dulu pendapatan bersenang kemudian hari.Ship will sink in gulp his wave if master do not know how to save the ship.

semalam aku berfikir macam mana aku nak handle hal yg besar lagi dalam masa yg sama aku perlu bantu dia dalam buat keputusan yg sangat bijak.So lets the game begin...kita cuba rock on sama-sama hidup ini.InsyaALLAH...

Wednesday, December 9, 2009

Winning d situation

Perempuan dan merajuk macam dah sinonim, kenapa perempuan suka merajuk?pendapat aku mungkin sifat perempuan memang begitu,suka dimanja dan suka jika diberi perhatian.Adakala merajuk ini boleh membawa kebaikan pada perempuan tapi adakala makan diri sendiri.Pada aku, kalau aku merajuk,biasa nya aku diam kan diri...(silent mode)....bila dah ok aku bersuara semula.Or time aku terasa diri aku tak dpt mengawal amarah merajuk aku atau pendek kata aku terasa hati dalam sesuatu kes aku akan blah dr tempat kejadian.Mungkin ini juga yg parents aku ajar aku masa aku budak-budak lagi.Merajuk tak dapat sesuatu,aku lari kan diri sekejap..then parents aku biar je aku menangis sampai kering airmata.Aku penat..aku tido jelah.Lagi satu,aku tak berapa ingat siapa yg pujuk aku kalau aku merajuk.Pasal aku memang dari kecil hidup atas kaki sendiri.

But, bila dah besar panjang ni.Hati pun makin tua, at least nak gak kena pujuk.Bukan apa aku boleh dikatakan kurangnya merasa kasih sayang orang tua aku berbanding adik-beradik aku yg lain.Masa aku kecil lagi parents aku dah hidup tak sehaluan.Jadi yg bongsu inilah jadi mangsa,membesar sendiri.Itu yg kadang2 aku ada cepat terasa,lebih2 lagi bila tau org tu sayang kat aku bukan main lagi.Nak rasa macam mana dipujuk bila merajuk.Coz setau aku,resepi orang tua-tua pujuk memujuk ini sebenarnya boleh mengeratkan lagi satu hubungan.Kita tahu macam mana kita dihargai dan menghargai apa yg kita ada.

Ada cara pujuk yg agak berkesan pada sesetengah perempuan -beli bunga,beli coklat,beli barang kemas macam2 lah beli nya.Tapi hati dan perasaan sama ke dengan harga semua menda yg dibeli tu?Ada yg cair gak bila dapat bunga,tak dinafikan.Aku pun suka gak bila ada yg bg bunga kat aku.Tapi aku lagi suka bila orang itu dapat buat aku ketawa semula.Itu lah cara paling berkesan bagi aku kalau aku merajuk.Bukan beli itu,ini cukup buat aku senyum semula.Bukan kata-kata manis or menunjukkan kau tu gila2 nak pujuk..Simple is, kau pandai buat lawak.Itu yg mahal bagi aku.Alhamdulillah..dia tau macam mana nak pujuk aku.


Jangan lak jadi macam kes kawan aku masa aku study dulu.Putus cinta yg bertahun2 lama nya..coz pakwe dia tak pandai pujuk dia.Tak pun pernah aku ingat, ada kes masa aku belajar dulu,kelas malam ada couple bergaduh tepi kelas.Awek menangis kaw2, then balak dia blah bodo cam tu je.Tak pasal aku 4 serangkai yg berkenderaan g hantar awek dia balik hostel.Kot nyer pun marah si balak, hantar lah awek tu.Nasib baik ada aku 4serangkai if tak aku rasa ada gak awek tu kena kebas dek orang memalam buta tak pun jalan kaki sorang2.Marah2 gak tp keselamatan kena amik kira.

So pendek kata ,perempuan memang suka merajuk tapi sebenarnya bukan lah 100%.Tapi perempuan ini ada satu "feeling" yg berharap permintaan mereka ditunaikan atau dilayan dengan hati yg ikhlas.Pujuk lah...kalau selagi boleh pujuk.Jangan tinggal orang perempuan ini terkontang kanting cam tu je.Bukan apa?nanti kena kebas baru nak melopong.



Persuade: To win someone over , win approval or support for.

Monday, December 7, 2009

best nyer...

Lepak tengok tv,hujung minggu sambil lipat kain memang best.Setelah bertungkus lumus 5 hari bekerja then hari sabtu isytihar hari pendobian dengan cuaca agak terang,Maka berlangsung acara melipat kain besar-besaran.Penat aku melipat, aku buat teh o sambil minum depan tv lg.Hujan renyai2..bessttt ni pas minum air ni nak tidur.

Sebelum tidur makeup sana sini (perempuan lah katakan).Ready to sleep.Time to flash back apa berlaku hari ini.Ke sana sini,kereta pun dah macam trektor comot.Yerr, aku agak serious bila memulakan sesuatu tugas.Hari ke hari semakin hampir.Dah penat berfikir apa yg akan aku bakal buat dan apa dah aku buat.Dunia GELAP!!!!


Tetiba..tangan aku dipegang,aku mengeratkan lg gengaman itu."kecil nya tangan"-detik hati aku.arrhhh..layan ar.Janji best...bau baby,waaaa....best2.Kan best camni selalu..dapat berdampingan..tidur atas lengan.Hmmmmm.......best............terus dibuai, Indah nya bersama mu......


PAP!!! kaki atas muka aku, celik mata -"Airis!!! hish...buaslah budak ni tidur"


Opss...aku mimpi kan seseorang.Tapi reality nya??? "Frustration"

Friday, December 4, 2009

segienam

Ada mamat kat office aku if dari dulu suka cari gaduh ngan aku, ada je menda yg menyakitkan hati aku.Suka sembur ngan ayat2 pedih limpa.Aku adakala suka dia.Adakala aku paling menyampah dia.Sampai aku cakap kat dia ni ko kalau kahwin aku tak tau camne.Bagi aku dia ni anti perempuan gila2.pasal dia suka kutuk aku yg bernama kaum hawa.Apa yg aku buat,apa yg aku cakap.Adakala nya masalah aku ngan mamat ni aku cerita kat my love one.Stok mengadu gitu jadinya aku, sebab?mamat ni kawan gak ngan dia.Sampai dia cakap kat aku cam ni " awak tu tak abis citer pasal awak sakit hati ngan dak ni sorang, Come on lah syg,sok lusa awk baik semula ngan dia"..errmmm, dah keje satu office mana tak nyer.
betul lah tu.

But, lately..mamat ni agak berkelakuan baik dgn aku.Takde kutuk mengutuk aku, senang aku bual bicara dgn dia.Takde ayat yg pedih limpa dia bg kat aku dah..wonder why??or my be aku ada beberapa minggu meninggalkan segienam di pekan ini.Itu pasal lah kot.

Thursday, December 3, 2009

Sending your cupid.

setiap hari aku ckp menda yg sama,
setiap hari aku ulang ayat yg sama,
setiap hari aku ucapkan kata-kata yg sama,
setiap hari itu aku akan panggil nama yg sama,
setiap hari itu aku sentiasa ingat pada dia,
setiap hari....dan setiap hari aku "rindu" kan dia.

setiap hari berapa ekor cupid ntah dia hantar kat aku
ntah gini aku jadi nyer..

Everyday fallin Love with him.

ILOveU baby.

rasa-rasa nyer???yup...aku sedang rindu.

Tuesday, December 1, 2009

sebut berapa harga.

jijah - berapa sehelai t-shirt harga?takleh kurang ke?
abang- nak kurang g beli kat bundle lah
jijah - beli t-shirt warna putih cantek.
abang - tengok lah guane2 , dia ada 2 kaler je.putih hitam
jijah - putih mcm jijah.
abang - hohoho
jijah- nanti leh jijah pakai masa g dating ngan abang.
abang - ye lah tu
jijah -abang tak nak dating ngan jijah ke?
abang -gile ar
jijah - hahahahaa....(bergelak ketawa)
abang- aku bahang mu kang
jijah -bahang lah kalo berani...

pang...pang..(sepak kerusi)
hei..dier ni lah!!!
kabo nak kena bahang..hahahaaha


abang -nah ni duit balance Tshirt (letak duit balance atas meja jijah)
jijah - nak amik duit ni - RM 22.50 (letak duit atas meja balik abang semula)


status YM bertukar : RM 22.50 biar betul !!!
sememang betul lah RM 22.50 bakal jijah miliki.
abang bakal miliki jijah



Monday, November 30, 2009

aku datang kalau ko???

lama aku tak borak ngan pompuan ni sorang dok kat kelang.rupanye2 dia dah berhenti keje.Tanam anggur depan rumah dia.tapi takde buah..buah **** adalah..cakap dier..Opss!!!
pulak tu cap aku time nak kawin baru nak cari kawan,marah betul aku.tp aku tak kisah tu hak dia.Aku cuma ckp kat dia, time orang nak kahwin memang lah kena ingat kawan.pasal apa?pas kahwin dia tak ingat kawan dah..dia ingat suami n anak2 dia je.

aku minta tolong dia usha rumah untuk aku kat area2 sana.Pompuan ni suka bergelak ketawa.Mesin hijau dia nanti abis gas baru dia berhenti ketawa.

Sorang lagi pompuan kat selayang sibok nak jumpa bila ada free.Yang nyata aku takde masa free.Lebih2 lagi jadual aku akhir ni memang padat giler.
ayat paling aku tak suka dengar "aku nak kad jemputan by hand, if tak?aku tak datang kahwin ko nanti"

ni ayat pedih jiwa aku ni..korang tak datang siap korang dua pompuan ni..aku balas dendam time korang kahwin nanti.

Noticed

One month I would leave this royal town, At this town was fruitful my romance and pride till now.After i left KL a couple years ago now i gonna moving there again.So this is it..My one month notice starting today.I' ve got offer at TPM..with great opportunity becoming one of Software Tester in Malaysia.

"Perhaps"

Thursday, November 26, 2009

12 tahun mencari

Lagu ini aku last dengar ,masa aku tingkatan 4 tak silap aku.
Pastu dah tak dengar dah..
Tajuk lagu aku tak tahu,Band mana pun aku tak tahu
Aku tahu nyanyi korus dier je..
Sekali ianya berkumandang dalam Opis aku hari ini
Boss aku pasang kat Laptop dier...
Waaaawaaaa...12 tahun cari lagu ni,
Mana boss tau lagu ni.???

Hasil Copy n Paste.





The Tuesdays- It's Up 2 U

I know we never meant to fall
But the moment that my eyes met yours, Our hearts went tumbling

Before we knew what happened
And now that I 'm looking back
Ya know I get the feeling that
We started givin' up
Just to keep from givin' in

I still find hope in what little words we say,And I'm holding on in a big way

So if you ever change your mind
I'll be waiting first in line
You can hang your toothbrush next to mine
It's up to you

Every time I look at you
I don't know how to hold on to
The way I think and feel and breathe
When I'm around you

Oh, we've been down the roughest roads
I know we've gone so far, and come so close

Sometimes I sit inside your chair
I try to see what you saw from there
Too much too soon
But I've got so much to share

Enjoy!!!

Tuesday, November 24, 2009

penat

penat menjaga hati org,
penat asyik ulang perkataan yg sama meminta maaf,
penat mengambil berat pasal org lain,
penat berurusan dengan org yg susah nak berkomunikasi.


DAH PENAT.......

Monday, November 23, 2009

Generate...

Cuma Kata2.
Keadaan mungkin akan keruh jika terus menerus.

Cuma perlu bertahan..
Akan ku kerah askar pertahanan agar terus bertahan..
Aku akan!!Aku akan!!Aku akan!!!

Bersedia lah wahai2 askar ku...


Balik kg

berbaru ni aku balik kg bersama ma dan dia: tujuan - ziarah Tok Chik aku yg tenat sakit
umur beliau dah masuk 108 tahun.Perjalanan ke destinasi agak sukar hujan yg lebat turun buat kereta bergerak perlahan dan terpaksa berhenti seketika membuang air dlm tangki yg hampir beku akibat kesejukan.Setiba di terengganu STOP 4 solat jumaat : Terengganu di serang Taun ketika ini."Berhati2 memilih makanan key, coz kuman taun ni boleh membawa maut"
Kitaorg disambut mesra oleh family belah sana : mak aku seronok benar dapat balik kg.yelar..anak2 dah jadi org pahang,menantu semua org pahang gak. Takpe lah pelepas angin ma jumpa sedara mara.

Tok chik lak berbaring je; ada dah mula baca yassin, Ramai sedara mara yg dtg ziarah.Hanya menunggu dijemput :Aku berdoa agar Tok Chik lepas dari segala seksaan dunia dan akhirat.Kami redha atas ketentuan ILLAHI dan doakan agar segala dosa dirinya diampuni ALLAH s.w.t.

Malam: aku bermalam di rumah Tok Su.Satu2 nya Tok sedara yg rapat dengan aku.Bergelak tawa if ada part2 ayat yg aku tak pernah tahu.Ni lah masalah komunikasi aku ngan Tok Su dari aku kecik sampai besar ada je perkataan pantai timur yg buat aku ketawa berguling2...
Time makan malam , aku masak : jarang sekali aku kat dapur..oleh kerana aku tau lauk2 pantai timur ni dia tak makan sgt, so aku masak lah apa yg dia suka - segalanya berasaskan kicap..tak kira lah ayam masak kicap ke?telur masak kicap ke?janji kicap . Dalam citer musang berjanggut
" Puspawangi punya pasal .Kicap pun Kicap lah"
Selesai makan :terpukul aku dengan satu aksi-->my be org lain tak perasaan , tp aku memang memerhati :Buat aku tertanya ,adakah semua lelaki macam tu???pernah tak korang berhadapan mcm ni situasi dier..

Suami selesai makan lebih awal dr isteri : bangun pergi ke sink ,basuh tangan dan blah..
Isteri yg selelsai lewat: kutip pingan suami dan kemas2 meja.

Hah!! tu dier. : persoalan nyer?kenapa suami alang2 bangun g basuh tangan tak bawa terus pinggan yg dia makan,paling busuk malas basuh kan? dah isteri yg masak, isteri sediakan makanan..hai..nak bw pinggan sebijik pun tak boleh?? ni aku tak suka..agak menyirap aku, laki jenis mcm ni..Ur wife not Ur slave key!!tp aku cover macho.malas nak bersuara, dtg umah org kena lah tau sikit.So aku tak amik port.Pas makan..si suami suruh pulak isteri goreng keropok..ermmm...memang betul lah.sian isteri, baru je nak rehat2..dah kena ke dapur semula..aku diam je.hanya memerhati.Agaknyer org kg memang camni, suka memerintah isteri..errmmmmmm ntah lah.jgn nila setitik rosak susu sebelanga dah lar.


Tido ruang tamu: takut kalau ribut kuat terbangkan atap. Ma dan dia kerap terjaga, Opsss!!! aku bukan tido ngan dia OK! so jgn salah sangka.aku tido ngan mak aku.Aku hanyut sampai ke pagi.tak sedar apa2 pun..sedar dah subuh.


Subuh call: kitaorg bertolak balik ke kuantan, Alhamdulillah walaupun hujan lebat.Aku,dia dan Mak aku selamat sampai.


Hari ini: Tok Chik masih dalam keadaan yg sama ; Moga ALLAH s.w.t permudahkan segala..lepaskan dirinya dari segala seksaan..amin.

Wednesday, November 18, 2009

Revise

sejam lebih berborak,lama tak utk bedtime story..byk rupa nak cerita.
pasal itu ini..selalunya ada humor2 akan diselitkan tapi kali segala cerita yg dikeluarkan agak serius dan menjurus kepada perbincangan.

Keadaan semakin serius..tiada gelak tawa.menari ria.RESET..
Berjanji tidak akan melakukan kesilapan itu lagi.kental jiwa.

Monday, November 16, 2009

wahai ibu

aku terduduk: mana sifat keibuan mu,mana dtg nya penat lelah kau melahirkan mereka,
pernahkah kau terfikir masa depan mereka?dimana anak2 mu mau bergantung harap?pernah kau meninggalkan kerja kau semata utk bersama mereka?mereka perlu kan kau disisi...
mereka mengharap mereka dibesarkan dengan penuh kasih syg ibu.mereka masih merangkak ingin mengenal dunia yg penuh pancaroba..bantu lah mereka berdiri dengan teguh sebelum mereka jatuh tersungkur..

tidak perlu bantuan org lain..hanya diri mu cukup ibu mengubah nasib mereka.
berilah mereka kasih sayang serta perhatian ..mereka memerlukan mu..

fahami lah ibu..lihat ke dalam mata anak2 mu..
mereka tertanya-tanya di mana mereka akan berada kelak?
gengam tangan mereka..mereka tertanya-tanya siapa akan bimbing mereka kelak?

sedari lah ibu.sesibuk mana seorang ibu mencari harta..
harta dunia akhirat sebenarnya adalah anak2..

Wednesday, November 11, 2009

Time is Running Out

Sakit kepala aku;sesungguhnya -hari ni aku rasa berat kaki nak turun dr katil beraduan aku.
teringat- selama 3 hari 2 malam aku di KL;kes nya aku dipanggil utk 2nd interview..teringat apa yg berlaku selama aku di KL bersama2 bakal mak mertua dan adik ipar tersayang dan dia membelli belah di nilai 3-Yes,aku dah separuh dr keluarga dia..tambah lagi seorang wanita bergelar ibu dalam hidup aku:Syukur Alhamduilillah..sekarang aku menghitung hari ke tarikh keramat tersebut..InsyaALLAH moga2 segala nyer berjalan lancar.

Bebalik pula dgn cerita 2nd interview aku di 1 of company at TPM,pada mulanye aku apply HR exe.tapi, cerita sebaliknya berlaku -aku di sarankan apply post Software Tester..ni aku dah agak dah akan berlaku.So aku terima je.Dari 1pm sesampai di TPM ,setelah aku di mentelaah oleh beberapa orang besar2 kat situ..dan setelah menjawab soklan2 yg berkenaan dengan post yg aku minta.Aku berjaya melepaskan diri, jam ditangan aku tunjuk pukul 5:15pm..hohoho.berapa jam aku kat dalam tu ntah lar.malas aku nak fikir..now aku fikir dia yg setia menunggu aku diluar -kesian pun ada selama 4 jam lebih dalam kereta..aku masuk je kereta -muka masam mencuka..adussss ni aku lemah ni.nak minta maaf pun bukan salah aku,bukan aku yg sengaja nak dok lelama bertemu duga.Keadaan dah mcm tu, apa lagi kes pujuk memujuk.Saat akhir dia senyum juga.apa2 pun aku hargai sgt kesetiaan dia menanti aku.Keputusan interview belum tau lagi.aku masih tempoh menunggu....dalam menunggu.

Kembali ke Kuantan dgn otak ligat memikir..apa lah nasib aku?moga2 ALLAH buka pintu rezeki aku:InsyaALLAH...



now...aku di hadapan pc -sambil dgr budak2 opis mengaruk ntah apa ntah :ada cerita pasal jiran,pasal counter strike..ada pulak cerita macam mana nak ejas awek..

Thursday, November 5, 2009

.........

heart -throb
pocket - a lot flowing
mind - high

cuba tenangkan fikiran, pejam mata -apa yg dpt aku bayangkan?segalanya....
mampu kah aku?

dapatkah aku tangani ?

Friday, October 30, 2009

haruskah aku?

aku kembali ke KL, perjalanan 4jam tak aku rasa..gusar gundah gulana dalam perut bak kata omputih "butterfly in my stomach" .setiba di KL ( hentian pekeliling) ramai org.Ada baru balik keje, ada yg baru nak g keje..jam aku kul 8.32pm -KL memang tak putus2 org.segenap sudut ada je manusia..(aku sabar menunggu dia jemput aku) kul 9.10pm dia sampai..takde nak ckp lah, coz aku pun faham dia pun keje..
roda kete menuju ke UPM serdang -disitu tmpat aku bermalam..(rumah lat) singgah mkn di wheel horse dulu nama tmpt ni Chop and Steak. Mungkin dah bertukar pengurusan kot..
Sampai umah lat.aku rehatkan diri then tido..sok byk menda nak aku kena fikir - my interview at TPM,sessi interview aku berjalan lancar, or mungkin aku diterima kerja di situ tapi yg jadi tanda tanya semua org apa post yg aku pilih - HR exec or Software tester??? smpi sekarang aku masih blur..walaupun aku ditawarkan HR exec.
coz aku ada experience on IT not HR even aku ada degree HR..errmmm..then i have to make my own choice.Tp bila ditanya ni hah jwpan aku " i've already get experience on IT.So, why not give me a chance to improve my knowledge in HR, Even though i was qualified in both field."
suasana diam..Tp nampak cam gayanyer mcm diorg ni nak letak aku kat Software tester je...adusss...aku nak lari dr bidang IT dah.

Mungkin aku kena cari jawapan yg pasti -apa yg aku nak???HR ke IT?huhuhu..padahal aku tak kisah mana2 pun asalkan aku dpt keje kt KL ni pun jadi lah..tu yg matlamat sebenar.tp yg paling penting ONGKOSS nya mesti masyuk..So, aku masih dlm blur ala2 spongebob, errr,...errrr...errrr...


"waiting 4 my second interview next week"


nota: YM dengan opismate aku kat pekan -sedey bila aku nak cari keje kat KL, ermmm..cuma aku leh ckp life must be go on.setiap yg dtg mesti akan pergi juga akhirnya.

Tuesday, October 20, 2009

bab2: aku saje je nak bercerita

Selama 3 ari 3 mlm aku jadi warga kota metropolitanis..

Malam kedua aku masih tido dirumah yati di ampang:kata yati rumah kat situ murah-dia beli around 128k je.errm ok lah,aku dah berbincang dgn dia.Tp takde kata putus..coz rumah bertingkat2 ni aku gayat.Ntah lah lgpun aku still lg tak dpt keje kat KL.my be takde rezeki lg kot.

Sok kan hari dia ada program "paintball".so aku berguling2 dgn yati dpn tibi smpi naik lemau, aku ajak yati keluar beli barang2 dia..can u imagine within 2 month lg yati tak beli apa2 utk hantaran wedding dia.Sogo pilihan hati yati -perfume harga RM400 for couple.Ok lah lg pun masa tu sale,jenama aku tak hingat lah.Then balik je..dlm kelam kabut.pasal???dia dah tunggu aku kat rumah yati, ajak g open haus kawan dia nama yati gak kat putrajaya (berapa agak2 nyer org nama yati kat malaysia ni??)errr???

Sesampai je putrajaya-teringat zaman2 remaja aku-disini lah tmpt lepak bila abis kelas..dpn masjid,kat jambatan..tmpt release tensyen kitaorg..gosh ..riiinnduuu aku zaman2 muda belia.hehee.at least aku merasa camne bersuka riang ria bersama kawan2..-zaman itu telah berlalu pergi- fikirkan masa depan now.

selesai sessi open haus, chow terus ke seri gombak..bermlm kat situ lak.macam normad pun ada asa..sana sini.Syukur pada ILLAHI, aku diterima segenap tmpt aku pergi n Thanks to ayu selaku bakal adik ipar tersayang yg byk membantu.

Hari terakhir aku di KL-tiket terbang ke kuantan 4.30 terpaksa aku delay ke 8.30..coz byk menda aku nak jenguk di KL utk persiapan 31/1/10..insyaALLAH.Lebih2 lg ada sale..so aku beli mana yg belum terbeli di Kuantan..segalanye mudah kalau ada pulus tu je. Jejalan kat jln TAR,Masjid India dan Times square-penat..tp best.hehehe..asa mcm g holiday pun ada.Memang org ckp KL syurga shopping .

Sedar tak sedar-masa sungguh jeles dgn aku dan dia..aku kena balik gak camne pun."Belum lagi " bergelar isteri tp dah asa tak mau pisah -hohoho- jiwang kan??giler ah..tp serius aku rasa bukan aku je camni sapa2 kat tmpt aku akan rasa sama je..Well??...aku seorang perempuan normal..coz mencintai seorang lelaki bukan sesama jenis aku.

Bas berlalu pergi-meninggalkan metropolitanis yg serabut maut.



"Walaupun jiwa tiada sini..telah ku tinggalkan hati ku..aku akan kembali lg"

Tammat

Thursday, October 15, 2009

bab1: aku saje je nak bercerita

teringat lawak p.ramlee dlm madu tiga "sampai abg jamil mampos!!"
tu yg aku selalu ckp maksud smpi bila2.tp kesian lak abg jamil napa kita nak doakan dier mati lak kan..err tak de kena mengena,nasib baik dlm keluarga aku takde org nama jamil..if tak semua nama jamil kenalan aku,ibarat aku doakan mati cepat lak..hish..nauzubillah.moga org bernama jamil dipanjang umur..amin.

sebenarnya entry aku tak kena mengena ngan abg jamil..tp kena mengena ngan ayat yg bakal aku ckp..last week aku turun KL.hohoho.nak turunkan berat badan so aku buat appointment ngan satu tmpt pelangsingan badan.aku sememangnyer pemegang akaun disitu sejak tahun 2006.dah 2 tahun aku tak jalan apa2 treatment so aku mengatalkan diri utk buang lemak2 tepu yg ada pada badan aku.Thanks to yati bg aku tumpang tido rumah dier even 2 ari..tilam mu sememangnya menjadi pujaan hatiku.

So sesampai je aku di KL jam 12mlm.dia jemput aku di pekeliling dgn muka tonyer dier,kesian lak aku tgok dah penat keje dr siang..ni kena stay up smpi mlm amik aku lak.tp fikir2 bila lg nak menyusahkan..time ni lah nak menguji kesabaran beliau itu.

Sok kan ari epul buat open haus,lama tak jumpa mamat tu..still mcm dulu poyos...n as usual dia tak pernah puji aku kurus selalu sgt ckp aku gemuk..tak tau pas aku balun pe yg ko hidang aku nak g kuruskan badan..berborak sakan kutuk mengutuk satu sama lain dah jadi lumrah bila aku jumpa epul ni.Sedar tak sedar mamat ni pun dah nak kawin bulan 11 ni.hahahaa.

pernah aku teringat mak epul sgt berkenan dgn aku dulu..hoho..nasib baik aku n epul tak moh utk di pasang-pasangkan if tak jahanam lah hidup masing2..hahahaa.

pas makan2 aku ke midvalley tujuan sebenar..treatment amik masa 3jam..dia setia menunggu aku...(waaahhh..sgt terharu)....yg best amoi jd consultant aku ingat dia "asben" aku..hehehe.aku iye je lah.mls nak panjang cite.Setelah di pangang,rebus,di balut dan dikejutkan dgn elektrik..treatment aku siap..hahaa..guess what?? aku timbang 52.6kg mula2 then timbang lepas treatment 51.3kg...waw!!!ianya sungguh hebat.hehee..so aku melangkah keluar dgn ala2 model.konon nyer lah..

aku pilih menaiki kenderaan awam ,naik tren..so mula lah episod spt warga kota,berhimpit2 nak naik tren..kes tukar tren kat KL central,hah!! ni yg aku lemah nak dok KL ni.Padat ngan manusia..bosaaann...aku dah kalis dah ngan keserabutan debu2 kota ni.tu aku agak mls nak pikir bila kena migrate kat sini kahwin nanti..hoho..jalan sikit duit,kuar rumah je,tol,parking,itu ini..segala2 nyer duit..adusssss....tensyen!!tp apa nak kata syurga seorang isteri dibwh tapak kaki suami..dan tanggungjawab aku as isteri dia nanti adalah sentiasa berada di sisi dia.


ok lah aku malas nak cerita dah..sok aku smbung kalau aku rajin..


Attention dear : " I cross my heart and promise u, baby i will loving u till end "


Wednesday, October 7, 2009

jantina

sedang leka menonton siaran ceria Astro
dua kanak2 bebaring depan tv,
Hakim berusia 10tahun dan Airis 3 tahun


hakim : eyih , aznil ni laki ke pompuan?
airis : laki
hakim : errrr...sapa lagi ek? eyih, faizal tahir?

(diam seketika...)

airis : eyih tak kenal.
hakim : ok.ok..siti nurhaliza laki ke pompuan eyih?
airis : pompuan

(wah !!! airis pun kenal siti nurhaliza ek,hebak tul )

hakim : mama?
airis : pompuan
hakim : ayong lak eyih?
airis : ayong laki lah abang.
hakim : ok last , eyih makteh laki ke pompuan?

airis memandang abangnyer...diam seketika

airis : eyih tak tau.

(aik!!!ni ayat sakitkan hati aku ke apa ni dak dua ni-aku pompuan lah...tidak!!!!)

Tuesday, October 6, 2009

Huh

semalam aku bukak buku hitam aku,apa yang aku tak buat lagi?Gosh...banyak lagi tak siap
adus aku makin pening,pening kepalo omak (tetiba lak aku ni ckp negori neh) ok,sambung balik
buku hitam aku lama aku tak jenguk dah nak naik sawang dok dalam dashboard kete.
m/s 1 .checklist 9 perkara - dah 3 bertanda rite.. maknanyer ada 6 lagi tak settle..
m/s 2 .checklist 7 perkara - 3 perkara bertanda rite gak..ok maknanyer ada 4 lagi.
m/s 3. hutang lagi dengan ayu -RM850.
m/s 4. deposit kad -RM100
m/s 5. tukang shoot - tak tau lagi..(tgh dok wat senarai lg) mari kita lihat sapa yg kena.
m/s 6. cupcake,mufin,towel,v box??apa tu?apa kejadah lagi ni hahahaaa..aku semakin pening
m/s 7. payung orang ramai -takde lagi
TIDAK!!!!!!!!! byk menda aku tak buat lg.help me.........

Monday, September 28, 2009

Yay!!! Celebration

Ahad bertemu Ahad -

Ahad -1st raya - Pagi raya pergi ziarahi kubur selepas solat raya,then beraya dengan keluarga pergi umah sanak saudara maklong,paksu,pakcik niat nak g umah bakal mak mertua tapi terbantut.huhuu.ketupat rendang all aku dah tapau letak dlm kete..hehe.nak jadi menantu yg baik kena ar amik hati bakal mak mertua.gitu lar orang2 kata, lagi pun mak aku selalu pesan jaga mak mertua kita macam mana jaga mak kita sendiri...(Tq ma memahami) takpe ar mybe ada masa aku g maran tu..bukan jauh pun.



Isnin -2nd raya - Duit raya dalam purse dah makin nipis...waduuhhh..yer ar smlm aku bg ramai sgt dak2 pantang ada dak kecik kat umah tu aku hulur je.Hari ni lak umah aku buat open house..giliran sedara mara datang serang umah aku. Dari dapur sampai ke anjung rumah..penuh orang!!! ma aku jadi orang tua, dah pangkat tok maka ramai lah cucu cicit dia dtg.Yg aku paling terharu aku dah pangkat "tok" lebih dikenali sebagai "tok teh" hehee..org tua drp aku beraya cium tangan ngan aku..waawaaahh besar pangkat "tok" aku rupanyer."Tok vouge" hahahaa.
tapi yg paling best kedatangan org yg disayangi dihari raya..1st time beraya sama as tunangan orang..apa lg sessi kenal mengenal saudara mara lah..beraya rumah saudara mara dia sampai ke malam..sakan raya!!!

Selasa -3rd raya - pepagi bangun ke kubur arwah tok,ayahlong dan tok wan (tak silap aku lar) belah dia kat setali.Bacaan yassin dan tahlil dihadiahkan pagi insan2 yang telah pergi ke Rahmatulllah.Moga roh kalian dirahmati ILLAHI.Dia pun dah balik berkeje sok..huhu.sedey.
takpe lah insyaALLAH jumpa lg.Petang sessi beraya ke rumah kwn2 kakak aku..semua aku tibai..makan,makan,makan dan makan..(asa berat badan dah bertambah lah)

Rabu -4th raya -Lepak kat rumah,dok depan tibi sambil berabis kuih-kuih raya, sessi kemas rumah lah pulak.dah 3 ari aku sibok beraya sana sini..naik debu rumah aku.Petang pegi umah kaklong -open house.Then balik rumah tido..memang menjana badan sihat dan kuat.

Khamis -5th raya - Aku kembali bertugas..keje..keje..keje. tapi mood raya masih ada.sambil2 tu beraya di rumah kawan kepada opismate aku kat pekan ni..ntah aku pun tak pernah kenal tp buat2 je kenal.kabor raya..kita g je raya aku makan,makan dan makan lagi.

Jumaat -6th raya - Rutin seperti biasa..bangun pagi pergi keje then balik rumah tido..(tak de g raya mana2-rehat beraya sempena jumaat) hahahaa.

Sabtu - 7th raya - Orang cina bakal sambut pesta tanglung, anak sedara aku lak ada perform ari
t
u.so ECmall digegarkan doremon berumur 3tahun..so cute.,

Then singgah rumah ayahlong ada wat open house..haha..orang lain beraya pakai baju kurung.kitaorg beraya pakai suar jean..lantak!!

Ahad -8th raya - Kepulangan mu dinanti -hehehe..dia balik lg.ni buat aku sonok sgt.Plan berjalan lancar,pagi beraya rumah kakelly pukul 9 dah kena kumpul sana,member opis semua pakat pergi sekali.ber hu.ha.hu ha kat sana makan mee bandung,destinasi seterusnya rumah ayah aku,makan laksa pulak,next station Maran,future mother masak nasi minyak -aku hanya tolong mana2 yg patut je.Dia senyum meleret je tengok aku..(hahaha.terpikat lah tu).Ye lar nak pikat anak kena pikat mak dia dulu.Hampir separuh hari aku disitu..so far aku boleh adapt dengan semua orang..insyaALLAH.Aku ni memang "pendiam" orang nyer.hehehee,OTW balik singgah rumah abgngah -majlis cukur jambul anak sedara aku.


nota - : D even the hold week aku beraya..tp lebih bermakna bila beraya dengan orang tersayang.Tq sayang...saya hargai sangat setiap saat bersama awk.

Thursday, September 24, 2009

buat aku tersenyum

Masih dalam mood raya,sana sini aku masih dengar lagu-lagu raya berkumandang.Al-maklum raya sebulan.Kuih raya time2 camni memang tak laku sangat.tapi tengok lah nak hujung raya ada siap merangkak g umah org nak beraya pasal apa nak makan kuih raya semata2.Huhuhu.

Tapi aku bukan nak cerita pasal kuih raya.Aku nak cerita pasal SMS raya.Tau je lah bertimbun2 SMS raya aku dapat.Berlumba nak masuk dlm inbox sms aku malam raya lepas.Siap ada yg kuar ntah apa2 ntah..tp ucapan yg aku paham nyer SELAMAT HARI RAYA.Semua kawan dok wish menda yang sama.Ada bukan kwn aku pun sms aku..hai, macam artis pun ada aku rasa.Dalam masa 1 malam ada 51 sms raya dlm inbox aku.Huh..ramai betul kwn aku.ada yg hantar 2kali sms pun ada.tu yg jadi penuh..tp aku tak balas semua sekali.sorry ar geng.aku tengah buzy body dengan nak siapkan itu ini tapi yang penting aku masih lagi membalas sms raya kwn2 aku sehingga ke hari ini.Aku cek dulu nama sapa2 yg mana bg kat aku ,aku forward kan pada org yg bagi kat aku.malas aku nak create2 sms camni.Lagi pun aku bukan puitis punya orang.Paling sempoi aku bagi je ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin "

Bila ingat balik zaman dulu2 kad2 raya paling best.Siap leh wat gantung2 kat dinding umah lagi.Tapi now tak kan nak gantung hepon kot.hohoho.gilo ko apo??Zaman dah berubah mungkin suatu hari nanti kad2 raya terus pupus..errrmmmm...

Apa pun sms yang masuk kat inbox aku..aku tetap tersenyum bila sms dtg dari dia.mampu buat aku tersenyumm lebar.....Sweet sgt...sampai ada yg jeles bila baca sms aku..hohoho.jangan mare.


nota : Gosh...im really LOVE sick.
I think i fallin in Love over-n over-over again...adusss lar parah dah aku ni.

Thursday, September 17, 2009

RMT (rumah makcik tinggi)

Huh..aku tau rata2 dah sebut pasal raya
sana sini raya.kerepek-kuih raya-baju raya-duit raya..APA???DUIT RAYA??
hah...sebut pasal duit raya,paling aku ingat masa aku beraya kat kampung dulu..
paling kedekut aku pernah dapat 5sen..huhu.sedih oooo...penat2 jalan nak g raya umah makcik sorang ni.Kitaorg satu geng memang aim rumah tu dr bulan pose lagi setiap kali balik sekolah lalu depan umah makcik ni.Rumah cantik..tinggi!!!rumah kg besalar kena buat tinggi nanti air pasang naik.Mesti if g raya umah makcik ni aku dapat banyak paling banyak RM1..hohoho.masa tu RM1 macam dapat RM10 time ni.1st raya kitaorg satu geng dah siap2 dah..rumah makcik tu jauh..kira2 nak bukak langkah collect duit raya kena g umah makcik tu dulu.Jalan kaki tak kira penat dah..dah terbayang duit dalam kepala otak masing2.,Sampai umah makcik tu.Bagi salam lelok senyum sama kitaorg,Makcik tu punya senyum meleret,mesti makcik suka bebudak ni,dia jemput masuk dgn elok,Seelok masuk duduk makcik tu g dapur wat kuar air sirap je.Balang kuih raya takde..tak hidang pun.
Makcik..makcik tak sangka sungguh makcik kedekut..harap rumah je cantik.hehehe...tp if ingat balik..aku ingat kat makcik tu dan aku sure2 makcik tu ingat aku jugak.Ntah macam mana aku boleh pecahkan jag sirap dier yg cantek,huhu.Satu jag air sirap tu tumpah atas kapet dia..hehehe.aku memang cuak, tp nasib baik geng2 pandai cover ckp kucing makcik tu yg langgar.

hehehee...ntah2 makcik tu tau aku yg pecahkan.tu yg dia bg 5sen sorang..hahahahaa.

dah tu turun dr rumah makcik tu kena hambat lak dgn angsa -kekawang lain lari cukup tanah aku je tanah tak cukup,kaki pendek.habis baju raya aku cantik2.jatuh berguling-guling.Ni baru umah pertama byk lg rumah nak g raya ni..kena balik tukar baju.Masa tu kekawang aku raya pakai baju kurung..tapi aku raya pakai mini skirt..gara2 duit raya 5sen.aku pecahkan jag sirap makcik tu..dah tu kena kejar angsa lak..huhuhuuhu..

nota: sampai sekarang aku takut nak g rumah yg ada angsa.
erm....ntah lar makcik tu ada lg ke tak??

Wednesday, September 16, 2009

Warna -warni

Belakang kosong, tepi kiri also kosong
skodeng jam 8:11am... OK line clear
aku Up ckit..menekan semangat-BAKAR!BAKAR!BAKAR! (saya boleh lakukan..saya boleh lakukan) -ala2 kapten boleh.
hijau-dr jauh aku lihat ,aku up lg..dan lg..
kuning-aku makin up..menekan

ALAMAK putih biru di depan.
Tepat merah.

Bunyi agak nyaring...kesan penekanan berhenti kaki dan tangan digunakan-berasap putih terhasil dari kesan bunyi yg dihasilkan.

putih biru -menyalakan lampu turun naik pada aku, menanda hati2..AWAS ya.
muka selamber kelabu kelat dihulurkan smbil menyanyi lagu apa2 yg terlintas ...lalalala

Fuh!! lega..nasib baik sama ada aku disaman langgar lampu merah atau aku mengadai nyawa aku sendiri.

nota:time2 camni aku teringat iklan kat tv: ikutlah peraturan jalanraya,pandu cermat jiwa selamat: anda mampu mengubah nya...huhuhu..

Tuesday, September 15, 2009

already gone

berakhirnya satu hubungan yg dibina selama 11 tahun..
dengan satu lafaz-tiada kesalan-tiada kata-tiada perasaan.
dan wanita itu telah bergelar "cik" kembali..
aku diam..kosong..terfikir sejenak..apakah sejarah telah berulang kembali?




Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die
I didn't want us to burn out

I didn't come here to hold you, now I can't stop
I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go

And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another

That doesn't always make you want to cry
Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive

You know that I love you so, I love you enough to let you go
I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go

And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone
I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Thursday, September 3, 2009

Tuesday, September 1, 2009

rumah takde tangga

9:39 am- "zie..zie...bangun lar tolong aku" (domm.domm.pintu bilik aku diketuk)

("beratnya mata...sapa lar kacau tido aku neh..ni merdeka day lar bg lar aku tido")

bukak pintu bilik -wanita itu aku depan mata,

aku -" nape??bising nak tido lebih sikit tak leh"
wanita itu - " tolong aku..gini.mlm semlm aku balik lewat.aku ada kerja..dia tak tau.dah selama ni tak pernah nak amik tahu pun..pastu marah2 aku cakap mcm2 kat aku..anak2 dengan dia bla.bla..bla dia ugut BUNUH. (wanita itu bercerita).

(aku mendengar dengan muka tonyer berbaring kat sofa - gigi tak gosok,baju tido aku terbalik,rambut jembalang..if tgok memang tak sior langsung..)

aku - mengeluh " hai smpi nak membunuh ni pa hal nyer??dah tu camne?anak2 mana?"
wanita itu - "dengan dia.ntah ,,tak tau..lar" (mata dia bengkak-mesti menangis ni)

aku - "gini,aku tak pandai gak bab2 ni,apa kata kita g umah paksu je cerita kat dia"
(aku capai tepon-call semua org -paksu,kakak wanita itu,ibu,abah)
"tunggu aku nak g mandi dulu...makan apa yg patut kat dapur tu..ada lg nasi lebey2 sahur td" (aku tau wanita itu sah2 tak poser)

::Rumah paksu::

Cerita yg sama aku dgr pagi td -wanita itu meluahkan perasan dia pada paksu dan maksu :
aku sms dan melaporkan keadaan pada semua yg terlibat -


Paksu - " kita report polis, ni dah jadi kes ugutan bunuh dah ni"
Aku - " yup ,ni soal keselamatan, takpe aku teman,paksu ikut sekali "
Wanita itu - " erm...." (dia dalam ketakutan..masih trauma dgn kata2 lelaki itu)

::Balai Polis::
Melaporkan kejadian atas - akta keganasan rumahtangga dan penderaan
kes rujuk ke IPD..dalam langkah berjaga2 tiada waran tangkap dikenakan melainkan lelaki itu memukul atau mencederakan wanita itu dan anak2.

hampir 2jam berada di situ.

::imbasan::
lelaki itu dan wanita itu saling cinta satu ketika dulu..bila sudah tak sehaluan-leka dengan dunia masing2,abaikan tanggungjawab masing2 sebagai suami dan isteri ..dan ini lah jadinya.Aku ambil sebagai pengajaran dalam hidup aku.Nauzubillah..jauhkan lar perkara sebegini berlaku.


::rumah kakak wanita itu ::

Anak2 selamat bersama kakak wanita itu, Alhamdulillah...dan seluruh keluarga wanita itu datang memberi sokongan.Kena ada family discussion wanita itu perlu berbincang dgn family sebelah sana.

aku - tido (penat ) huhuhu..di tgh2 discussion tu..huhuhu..dgr tak dgr je apa yg diorg bincangkan.

kakak wanita itu - "zie..zie bangun.ni tolong hantar teman dia nak amik baju dia kat
rumah..tolong panjat pagar rumah amik kunci dalam bilik."


aku - " ermmm ooo k.jadi spiderwoman lar ni...hahaha.leh2 no hal"

(yaaa, aku jadi penceroboh yg berjaya di bulan2 pose.hahaa.ada je jiran2 tetanga tgok aku memanjat dengan muka tak bersalah -hehehe..tuan rumah yg suruh key..bukan aku sendiri yg nak)

selesai semua nya..baju dah amik,segala yg penting.aku bertolak balik ke rumah amik charger -hpon aku abis batery , mana tak nyer tepon aku jd public pon semua org,pastu pusing balik ke rumah kakak wanita itu.tak sempat nak masak2 kat rumah dah ni.so bukak poser kat situ je lar.huhu.

::waktu berbuka ::

wanita itu - "zie ,thanks...lusa teman aku g court lg key"
aku - "ermm..takde pa pun nak tolong pun,if ada apa2 just bgtau je lar,insyaALLAH ada
kederat aku tolong,lusa??...ermmm...key aku amik EL"

-no komen - wanita itu diam...mengenang apa telah berlaku or mungkin sedang fikir apa yg akan berlaku kelak..

aku diam...suasana berbuka semalam paling sunyi dalam sejarah hidup aku..hopefully segalanya akan berjalan lancar.


Friday, August 28, 2009

al-kisah; apa kisah nya?

1 tahun lebih aku keje di pekan ni.Pernah aku berckp dengan kwn aku yg aku suatu hari nanti nak kembali ke pekan,memandangkan aku pernah study kat sini dulu.Jadi selok belok pekan aku tau lar sikit2.Tapi now aku perlu buat satu anjakan paradigma -move to KL sekali lg..even dulu aku pernah keje kat sana.HUH..sebenarnya aku serik nak ke sana semula,byk perkara yg aku tak suka KL.Kisah cinta aku tambah lak dgn hidup tak menentu disana...sememang nya aku tak mau ingat semua tu lg.Aku kena tutup buku, bukak buku baru..dengan kehidupan baru yg bakal aku tempuh.
Sekarang aku tengah mengusha lobang2 keje kat KL..fuhhh...sangat berat aku sebenarnya..but i've to.Dia pulak ada kat sana,katanya keje kat sini takde utk org2 macam kita.mmmm.....

Aku diselubungi hidup aku yg dulu,memandangkan dia semakin sibuk dengan keje disana dan aku disini.Walaupun keadaan berbeza tapi sedikit sebanyak tercalit perasaan was2 ,takut pisang berbuah dua kali..Nauzubillah.Aku belajar dr kesilapan aku yg lepas dan aku letak kepercayaan aku pada dia.Walaupun kekadang buat aku termenung...tunggu peluang utk bersama dia.Nanti lak bila aku beria aku takut lak gelepor sangat.huhuhu..jadi aku mentain cool wa-hal nya aku still lg dalam tempoh menunggu.

Aku malas nak ungkit kisah dulu..dulu, dulu ar.sekarang is now.Aku belajar memahami keadaan dia dan aku cuba tak push dia dalam segala hal.Aku tak mau tambah tekanan dia..yg sedia ada tertekan.

Kisah aku dgn housemate aku lak, aku harap housemate aku tabah menjalani hidup aku tanpa nanti.Aku tak serumah dah,aku hanya jadikan rumah baru sebagai homestay aku je..hehe.Ye lar housemate merangkap coffeemate ,opismate dan mentormate aku.Walau ada perkara2 yg kitaorg berdua tak sebulu..tapi aku senang dgn housemate aku.Nasihat, aku terima adakala aku pulak jadi penasihat nya.Segala liku kisah hidup kitaorg kongsi selama 1 tahun lebih bersama.
;-).


Sememang nya aku mula start anjakan dan mula fikirkan kehidupan aku akan datang yg ntah hitam atau putih.




Tuesday, August 25, 2009

Bulan ini

Apa yg aku ingat bulan puasa; minum air paip kat sekolah masa kecik2 dulu,makan nasi ngan kicap sorok2 balik sekolah, pastu balik wat2 cam penat konon lar puasa.Kena kerah g kedai petang2 lebih2 lagi waktu nak berbuka pasal ada je request dr kakak aku nak makan sardin tetiba.Aku lar mangsa korang.Lepas berbuka,its talent time -main mercun..org besar2 g tarawih.Tinggal lah ikan bilis main mercun.Ada kala tak main mercun g jejalan ngan kwn2 keliling kampung ngan basikal.Tp yang paling aku ingat cinta monyet aku pun muncul bulan poser gak.hihihi.

Friday, August 21, 2009

Wh@T %^&##***

Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak
yaaa...sok umat islam mulai berpuasa..moga tabah harungi dugaan serta ujian.

Hal esok-esok lar key..mlm ni gak setan2 lakhnat di ikat. leaving for a month....
Sama2 lar kita mencari keberkatan bulan yg mulia ini.


Tapi hari ni punya citer.Ada gak setan2 wujud dalam hati manusia(sifat hasad dengki) sempena 1 Ramadhan esok..Aku di arahkan KELUAR rumah!!! kes nya.Marlisa tak dok umah tu..just aku n housemate aku je.Marlisa ada anak kecik of course lar tak dok sama, Tp dier dok waktu dier On Call.S***!!! Ada gak org dengki ngan aku yg senang lenang ni..weh aku ada waktu On Call gak mana aku nak tido waktu On call?? tak kan aku nak berulang kuantan -pekan..giler ar.If pukul 2-3 pagi hospital panggil aku.Otak korang ni kat mana? peri kemanusiaan lar sikit.Sigh...manusia2.Mentality orang kita tak boleh tgok org kita sendiri senang..tu je.DENGKI

Aku tak suka nak mengeluarkan kata2 yg memedihkan telinga aku sendiri mendengarnya.
Tapi ni lar dier manusia penuh dengan PHD..tak boleh ke korang tgok kitaorg ni bahagia.Dah lar tu notis kosongkan rumah seminggu...gilerrr ahhh..mana nak cari rumah lain dalam masa seminggu.Diskriminasi gitu jadi nya!!! bulan puasa lak tu..come on ar...nak suh kitaorg kosongkan rumah dalam seminggu bulan puasa.Lagi lar roadtax kete aku kena renew bulan depan..dengan nak raya lagi..dengan nak bayar deposit rumah lagi...mau rabak poket aku.Sabar je lar...hahahaha-yup aku tertekan..


Now aku ngan housemate aku runsing..cari jalan camne nak kosongkan rumah dalam masa seminggu.

Namun jauh sudut hati aku..masih tersenyum..hehehe..ya lar.ALLAH sygkan aku sebab tu DIA bagi aku macam2 ujian.Insya ALLAH..segala nya akan aku hadapi dengan tenang.

JOM cari rumah baru!!!!



Thursday, August 20, 2009

DOA

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Kau berkati dan rahmatilah jodohku bersama tunangku,
Kau perkenan dan redhailah perasaan cinta dan kasih sayang antara kami berdua,
Kau kekalkanlah hubungan kami berdua sehingga kami melangkah ke alam perkahwinan,
Sehingga kami berdua beranak pinak bercucu cicit dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kami dunia dan akhirat.kuatkan lah iman dan akidah didalam hati kami dan kekalkan ianya diatas petunjuk dan hidayahMU.Perkenankan lah doa kami,tunaikan hajat kami,permudahkan usaha kami."

Amin..Ya Rabballamin

from him 19/08/09 20:50

Wednesday, August 19, 2009

Beza nya...



study - bangun tido ikut sukahati (depend class) setiap hari

kerja - kena bangun tido 5.45am (isnin) --> 6.30 am setiap hari


study - wat assignment slow2 (depend ngan due date)
kerja - wat assignment kena siap cepat2 sebelum due date (if tak boss bising!!)
"ari2 resolved problem"

study - tgok tv ramai2 kat bilik tv.
kerja - tgok tv berdua (housemate) tu pun kalau dia tak tido awl.


study - tido sukahati pukul2 berapa.
kerja - tido kena awal - sok nak kena bangun pagi lak...kerja lak weh!!!


study - takde duit? mintak ngan FAMA
kerja - takde duit? diam diri..bg kat FAMA semula, bila lagi diorg nak merasa..
(so pandai2 lar ko nak hidup if takde duit)


study - cuti? heaven....!!!!!enjoy
kerja - cuti ?OT, On call, Tido


study (weekend) - leh lepak ngan kawan2, bersuka ria, jejalan cari pasal, shopping.
kerja (weekend) - tgok tv, kemas rumah..tido..tido..dan tido


study - ada pakcik drebar bas..sekali sekala tumpang kete yati.
kerja - kena jadi drebar diri sendiri.


study - sakat junior especially (roomate ku) hahahaa...
kerja - sakat semua org kat opis tuh.termasuk boss aku. tapi???
( aku takut ngan pami, sekali dier tolak aku sure!sure! aku terpelanting)
" aku sayang korang !!!"


study - BEST!!! I LIKE.....
kerja - ari2 menda yg sama..bgn tido kerja..balik kerja.fikir utk kerja esok pulak..


pendek kata selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerja...

Wednesday, August 12, 2009

virus..virus..

sigh..

penat aku asyik berbaring je..dah dua hari aku asyik tido.tido.tido..aku makan,makan ubat pastu tido.tak menjana otak langsung..

aku diserang demam (light influenza). Alhamdulillah keadaan aku makin pulih setelah segala ubat aku telan.Nasib baik aku tak teruk sgt..Hari senin aritu elok je aku g keje..takde apa2 masalah.
tapi bila mlm je..fuhh gigil badan..apa lagi stok ubat marlisa aku kebas...hahaa,nasib baik lar marlisa tu keje farmasi ada gak stok ubat kat umah.aku ni paling senang mkn ubat.sebab aku senang sakit..

seingat aku lar kan..mybe aku dpt demam ni masa aku g tgok wayang citer G.I joe lar kot ngan kakcik aku..hah!! sempat lagi aku nak meluahkan rasa geram aku kat sini - bukan nak komen citer tu tak best ke apa..tp org yg dok sebelah aku tak best langsung..mana aku tak sakit hati,aku nak tumpu pada citer pun tak leh..POYO je awek dgn balak dia dok sebelah aku .ko ingat ko cantek..hahaha.
dah pakai tudung warna hijau terang kulit ko tuh gelap, lipstik merah..please ar.

bising ngan mulut dia je sepanjang movie.

eh!eh! kenapa cam tu abang...
oooo lar patut lar....bukan nyer dia isteri pada bla..bla
lar rex tak mati ke?

bila ada action je kat filem dia pun mula bersuara

elak!elak! hah...padan muka ko ,jahat sangat.!!
hah..tumbok dier..bagus2..(sekali ngan tangan2 sekali) beraksi
snake eyes tu seguru ngan dia...

come on lar...ko tak pernah tgok wayang ke minah..hish sakit hati aku..nak je aku g lempang mulut dia suh dia diam..tp sabar je lar.

tiba2....ayat ni kuar
sejuk lar abang...

hah!!!! tu dia ko..berpeluk depan aku ngan kakcik aku, sampai tendang2 nyer kaki aku yg dok sebelah dia..hish...!!!lebih elok ko balik lar..takpun ko beli dvd ko tgok kat umah..aku tak kira la tu laki ko ke?balak ko ke?if aku ckp aku sakit mata..sakit hati ,yes i am.aku beli gak tiket wayang jgn ingat ko sorang je beli..pastu leh buat bising.if suara sedap tu takpe gak...GERAM!!!
abis je wayang..aku sengaja toleh kat minah tu ngan balak dia.leh lak dia senyum kat aku...puashati lar tu konon..aku jln melulu..malas nak berbalas senyuman.
kat basement jumpa lagi..nak je aku langgar dia.lintas depan aku....nyata aku masih menyimpan rasa tak puashati aku..kakcik aku cuma gelak je..dia tau aku memang begitu..hahaha..aku tak leh blah betul ngan pompuan control ayu neh!!!!


OK end this story moral yg aku belajar kat sini..even kerajaan meyarankan jgn pegi tempat org ramai time -time camni..ni lar dia..aku dah demam..at the same time aku menyampah kat minah tudung hijau tersebut..coz sepanjang wayang bising ngan mulut ko je..

n aku harap..ko terbaca blog aku ini...hahahahaha..moga2 ko tak bw mulut ko bersama2 bila menonton wayang..n ingat bukan ko sorang je dalam wayang tu..bukan bapak ko yg punya lg
pun..org lain pun beli tiket sama harga ngan ko..
so please shut up ur *^())&$### mouth.

dah aku pun nak sambung tido semula..kepala aku berpusing telan mcm2 ubat td...

ubat batuk.ubat demam.ubat selsema.vit c.vit b complex.antibiotic....aku pun dah bla..bla..bla..bla...



ZZZzzzzzzzZZZZ

Friday, August 7, 2009

Kabus pagi

- tut..tut..tutt....(6:43am)..masih tak berangkat
-alhamdulillah...selesai solat
-tut..tutt..tuttt...(6.50am) ...masih tak berangkat
-
tutt..tutt..tuttt..(6.54am)...

emmm
bgn syg dah lewat ni
emmm
bgn key syg..cepat2 dah nak abis subuh ni.
emmm..key
key.. (tup) - (6.55am)


menjenguk ke tingkap - SubhanaALLAH indah nya pagi ni..hish!!!jerebu ke kabus ni??
berbaju songket lah hari ni.


situasi - mengosok baju

jerebu kat luar kan ??
ermm yelah..tapi kabus ke jerebu ni??tebal sungguh..tak nampak pe2.
jerebu ni..
ye lar kot..teruk lar patut lar ramai yg sakit tekak now.

<<<<<<<<<<<<<<<<memandang keluar >>>>>>>>>>>>>>>>>
terfikir -dengan H1N1 tambah lak jerebu pulak tuh...
sigh........

Doa pelindung dari penyakit berjangkit oleh Asy-Shekh Ibnu Ahmad At-tamizi al-Malizi rah alaih (seorang mursyid)

Ada bagiku lima dengannya aku memadam kepanasan penyakit berjangkit.Mereka itu Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai,Fatimah dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain)







Wednesday, August 5, 2009

**Nisfu Sya'aban**

15 syabaan 1430 persamaan 6th august 2009

adalah hari nisfu syabaan dimana ; hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi:

"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid.




Tuesday, August 4, 2009

- kaki bakar -

bukan kaki yang terbakar
@ bakar kaki dengan sengaja
bukan kaki macam kaki orang bernama bakar
bukan kaki tertulis "bakar"
bukan juga suka membakar -
tak kira lar bakar apa2 bakar kertas ke?bakar bahan2 yang mudah terbakar
- mcm makan maggi kari berapi pastu hembus nafas kat tisu.."BERAPI"

(aiseeeh....heiiii geram aku dia neh...)ada yang terbakar....!!!

hahahaha...hahahaa..hahaaa....dan hahahaahahaha lagi..dan hahaha lagi..
(gelak macam cikgu misizuka )

Monday, August 3, 2009

Order!Order!Order!

pernikahan - ikatan atau kesimpulan (segi bahasa)
- suatu ikatan akad yang menghalalkan pergaulan batas,hak dan kewajipan saling
tolong menolong antara lelaki dan perempuan yang diantara nya bukan mahram.

situasi tegang,sunyi,pelbagai emosi di mahkamah..aku hanya meneman sahaja..takut2 kalau ada yg menitis airmata.Jauh dr sudut hati aku kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku pada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga..hampir 12 tahun bertahan..akhirnya...ini kah penyudah nya?? mana kata2 cinta mereka selama ini..mana janji susah senang mereka selama ini..

di sudut jauh aku melihat lelaki itu sunggul..merenung...ntah lar.samada merenung masa depan diri dia atau merenung kesilapan yang telah dilakukan pada isteri dan anak2 nya.Aku mengeluh...terdetik rasa simpati dlm hati aku..walaupun cam mana pun..perkara ini tetap kena terus kan..hati wanita itu tidak dapat lagi meruntum merintih sepanjang masa..minta dilepaskan dengan rela..apabila masing2 telah mengaku tiada harapan atau tiada rasa cinta dlm hati mereka.Bagaimana pula dengan anak2 yang kecil lg??

wanita itu kelihatan biasa sahaja..aku tak tau apa yg difikirkan..tp tidak menyokong dan tidak membantah..(bila dengar cerita wanita itu aku tau..situasi dia) dan mungkin ini jalan terbaik untuk dia dan anak2.

memandangkan sidang berlangsung mengikut giliran: aku rasa dlm bebelas pasangan dalam sidang dengan pelbagai sebutan kes.Ada kes khalwat..tuntutan harta dan nafkah, kes penceraian.Aku hanya pemerhati....macam2 rupa nya..hidup berumah tangga ini pelbagai rintangan dan ujian..jika kita goyah untuk melangkah bersama..ini lar jadi nya.

ada yg kes suami tak bg nafkah bertahun2 lama nya menghilang..kes ini sebutan pertama di mahkamah..dan mendapat perhatian semua sidang. Si suami buat muka tak bersalah depan peguam.Si isteri menangis teresak-esak...mau penceraian segera .tak sanggup hidup bergantung tak bertali..adakah???mengapa ada lelaki yg sedemikian rupa. dia tanggungjawab dia??

tanggung di dunia.
jawab di akhirat.


Perbincangan atau persidangan dilakukan dalam bilik hakim syarie..jadi org awam tak dapat mendengar apa yg berlaku..(tu yg aku frust tuh) hahaa..menyibuk je..mcm jadi mak ngah sonah yg jaga tepi kain org lain pun aku ni.hehehee..


tiba giliran wanita itu masuk ke bilik hakim bersama pasangan nya..aku berdebar...menanti keputusan nya..adakah sebaik sahaja wanita itu keluar dari bilik tersebut status nya bertukar dr puan kepada cik (MJ). ermmmm......tak dpt aku ungkap dgn kata2 disini..hanya mata memerhati dan otak memikirkan nya..


keputusan nya...mahkamah bg tempoh utk berbincang semula..sebutan kes sebulan dr sekarang.
pada ALLAH aku berdoa..buka lar pintu hati dan petunjuk mereka agar mereka temui jalan terbaik dalam hidup mereka.



Fasakh

Pada keseluruhannya semua negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan Undang-Undang tentang perceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh dan ta'liq nikah atas salah satu alasan-alasan berikut:

1. Suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih dari satu tahun.
2. Suami cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh tiga bulan.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4. Suami tidak memberi nafkah batin selama tempoh satu tahun.
5. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan.
6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit.
7. Suami menganiayai isteri antara lain:
a. berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji menurut hukum syarak.
b. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
c. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta.
d. Menghalang isteri dari menunaikan atau menjalankan kewajipan dan amalan agama.
8. Suami sengaja enggan menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh masa empat bulan.



Ta'liq
1. meninggal kan isteri 4 bulan berturut-turut
2. tidak memberi nafkah yang wajib selama 4 bulan berturut-turut
3. menyakiti tubuh badan isteri
4. suami tidak memperdulikan isteri selama 4 bulan berturut-turut










Sunday, August 2, 2009

masa dan waktu

Ntah apa yg aku fikirkan?or my be sifat aku suka bergurau boleh dtgkan masalah.Life so great having someone who really love me.Alhamdulillah atas kurniaan Nya.Kata org sedangkan lidah lagi tergigit..its happen now.Question mark???each day i learn to understand meaning of live..share joy and laughter.But sometimes i still dont get it..WHY?those thing comeback...in his mind.Who is me?arghhh...nak fikir2 sgt wat serabut otak gak.Aku sendiri kadang2 tak tau siapa aku..dan soalan tu aku nak tuju kat orang pulak.Perlu kenal diri aku siapa dulu.Siapa aku??

Manusia bernama.
Perempuan.
Hati dan perasaan??
Selalu cari kesalahan org?? am i?
Bergurau tak kena tempat - padan muka aku -
Belajar memahami seseorg.
Penebas lalang.
Suka bercakap.

-tak cukup..tak cukup..tak cukup....apa yg aku cari sebenarnya?dia...amat bermakna dlm hidup aku now.Jagalah dia (hati dan perasaan) segalanya -nya tentang dia. Itu tugas aku..dan bakal aku pikul tanggungjawab tu..sentiasa bersama dia susah atau pun senang.



Point sebenarnya aku...aku puncanya..(What i have done???) big mistake and big question??. i need to fix it and convince him..i must give him lot of support.

yaaa...aku yg bersalah.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...